Wednesday, 13 April 2011
Puisi Indah Si Pari-Pari..
Ketika sedang mengemas-ngemas mencari buku sebagai rujukan...terjumpa buku yang ditulis oleh Natasha Hudson berjudul " Puisi indah Si Pari-pari". Aku bertindak sebagai illustrator untuk buku ini. Natasha berkehendakkan illustrasi yang agak naif. Medium yang aku gunakan adalah campuran drawing pen, technical pen dan pencil colour derwent di atas kertas bersaiz A4 120gsm. Halim selaku designer untuk layout buku ini. Kedengaran buku ini dilanda kontroversi tapi aku tidak tahu menahu...sebab tugas aku hanya melukis sahaja. Mudah bekerja dengan Natasha...dia memberikan kebebasan untuk berkarya. Ohhh! terlupa sedang mencari bahan untuk rujukan yang akan digunakan dalam kelas fotografi esok!
Monday, 11 April 2011
Jemari Tua..
Gambar ini aku ambil ketika satu assignment di Melaka. Tuan punya tangan ini panggilannya Pak Akob dan sedang menghidap penyakit semput yang sudah lama tidak dirawat. Walaupun semput tapi masih sempat memberikan sebarang dua pose kepada aku. Selang beberapa bulan selepas gambarnya diambil Pak Akob telah kembali ke rahmatullah...mujur bayaran kepada Pak Akob sempat dijelaskan. Alfatihah untuk Pak Akob.
Sunday, 10 April 2011
Ikon Buku.....
Illustrasi ikon ini adalah untuk sebuah buku teks kementerian pendidikan........aku sebagai pelukis dan icam sebagai jurucolour menggunakan adobe illustrator dan photoshop. Kadang-kadang ada illustrasi diberi kebebasan kepada artist untuk menterjemahkannya dan ada yang perlu mengikut terma atau syarat tertentu yang diberi oleh client. Berbanding zaman dahulu.....zaman sekarang agak mudah sebab bermacam medium artist boleh buat pilihan tetapi asasnya adalah kena tahu melukis dan sketching adalah wajib setiap hari. Pembelajaran berterusan!
Wednesday, 6 April 2011
My Best Friend's Wedding


Labels:
album,
friend,
photo,
publishing,
story book,
wedding
Cover Majalah Anis - Januari 2011
Shooting dalam keadaan yang agak mengejut dan last minute di pejabat galeri ilmu. Kebetulan pula AzharRahim ikut sekali ....alhamdulillah ada rakan utk berbual dan bertukar fikiran. Tak ready prop dan tema cover bulan Januari ..semuanya last minute....jangan amalkan...aku hanya mengambil gambar Fara AF dan editing gambar dilakukan oleh designer Galeri Ilmu jadi tak berat sangat cuma convert dari RAW ke TIFF dan JPEG sama adjust sekadar perlu. Mulanya tak terfikir nak guna apa untuk latarbelakang....last last guna kayu bidai sebagai background.
Portfolio Sport 2010
Tahun 2010 agak banyak juga event berkaitan sport yang diambil. Memang pada awalnya memang payah sebab aku bukan jurugambar sport, tapi setelah mendapat pendedahan awal daripada Zainal Halim(ex-reuters) dan juga kawan aku Mohd Rasfan(stringer AFP) ketika SUKMA 2010 yang berlangsung di Melaka, maka inilah hasilnya. Walaupun masih jauh di bawah paras par. But....thanks a lot Mr. Zainal & Rasfan for sharing with us your wonderfull experience!
Subscribe to:
Posts (Atom)







