Wednesday 20 April 2011

Cover Majalah Anis - Mei 2011

Cover majalah anis pada bulan mei ialah catriona. Shooting bertempat di restoren iceroom kota damansara kepunyaan datin Azlina(kalau tak silap). Shooting bermula waktu tengahari dan paling mencabarnya ialah nak handle anak catriona....sbb memang normal budak2 ada bermacam ragam. Lapi pulak bila waktu tengahari yang panas walaupun shooting indoor dan ada aircond yang cukup..budak2 kadang2 cepat naik rimas. Editor kata "saya nak cover ada relation antara cat dan anak dia". Kali ni aku guna 2 unit studio lighting dan 1 reflector dan lens 24-105mm agar mudah aku nak jaga jarak dgn subjek. Nak guna lens prime mmg boleh tapi keadaan tempat yang sedikit menyukarkan pergerakan aku. Aku dan anis kena cepat ...sebelum anak cat jadi penat lalu meragam...mujur ada gdah(wartawan anis) dan pembantu cat bertindak menjadi juru agah anak cat supaya ketawa. shooting melibatkan budak kecil kene sabar....kalau kena gaya dapat gambar tu cepat...silap gaya pulak satu hari pun tak dapat apa yg kita kehendaki. Paling mudah kalau ada anak kecil kat rumah, bawaklah berjalan2 kat taman permainan ke..padang ke...bawa kamera dan cuba ambil gambar anak kita sebaik mungkin..tak kisahlah secara meniarap ke..tonggang terbalik ke..yang penting EKSPERIMEN!!

Cover Majalah anis - April 2011

Shooting untuk cover kali ini dibuat di TV al-Hijrah bersebelahan dengan masjid negara. Personalitinya ialah Amalina seorang pembaca berita tv al-hijrah yang tak silap aku menguasai 5 bahasa dan lulusan universiti dari timur tengah. Aku sampai di masjid negara sebelum subuh sebab nak mengelakkan jam di KL. Start shooting hampir pukul 10....alamak shooting outdoor pulak tu dan matahari hampir terik...dibantu oleh anis jurugambar galeri Ilmu dan awin selaku make-up artist ...kami bekerja. Hanya menggunakan  1 reflector dan lens 50mm sahaja. Seperti biasa Kak Jalilah selaku editor majalah akan memberi gambaran atau pandangan rupa paras gambar yang dikehendaki. Biasanya cover akan dipilih selepas pemilihan dibuat oleh group editor bermesyuarat ...aku sekadar memberi mereka pilihan gambar yang pelbagai. Sebagai jurugambar cover majalah islamik..yang merisaukan aku ialah cantik itu adalah subjektif ...bagaimana ingin menonjolkan kecantikan itu dari sudut perspektif islam, memandang banyak perkara perlu dijaga tidak seperti cover majalah barat misalnya yang tidak perlu terikat dengan sesetengah perkara seperti agama. Sebagai contoh tak nak gambar itu tergedik-gedik atau seksi...untuk sesetengah sudut walaupun menutup aurat litup masih boleh diistilahkan seksi jika tak kena gaya gambar itu diambil. Paling merisaukan lagi ialah untuk menghasilkan gambar cover yang lebih baik dari isu sebelumnya. Kalau tak cantik....alamat le jawabnya!! 

Wednesday 13 April 2011

Raya yang lalu....

Lukisan ni adalah untuk majalah kartun berbentuk islamik berbentuk jawi. Medium yang digunakan adalah arcrylic. Arie bertindak sebagai juruwarna  sebab dia memang master dalam medium ini. Kalau water colour aturan die dari terang ke gelap...arcrylic dari gelap ke terang proses dia. Berbezakan! cuma kesabaran artist ajer yang dapat menentukan tahap kualiti lukisannya.

Eli Si Telinga Lebar

Buku ni keluaran Galeri Ilmu Sdn.Bhd. Ada 10 judul kesemuanya. Aku hanya mampu melukis 2 judul sahaja disebabkan masalah yang tak dapat nak dielakkan. Sekali lagi kombinasi aku dan icam...aku sebagai pelukis dan icam sebagai juruwarna menggunakan komputer. Bagusnya colour menggunakan komputer ni...warnanya tak habis-habis..yelah...kalau secara manual menggunakan colour tube pasti akan luak atau berkurangan kuantitinya. Tapi..pada pendapat aku..illustrator sekarang kene tahu menggunakan bermacam medium...tak kira komputer atau secara manual(crayon, pencil colour, water colour & etc)....bukan apa ..kene ikut perkembangan semasa dan tahu teknologi terkini. Tapi setakat ni bayaran untuk kerje illustrasi secara manual  yang aku terima adalah lebih mahal berbanding menggunakan komputer! Tak tau apa kata yang lain? (baru perasan anak aku dah  conteng namanya 'Maryam' kat cover buku ni!!!)

Puisi Indah Si Pari-Pari..


Ketika sedang mengemas-ngemas mencari buku sebagai rujukan...terjumpa buku yang ditulis oleh Natasha Hudson berjudul " Puisi indah Si Pari-pari". Aku bertindak sebagai illustrator untuk buku ini. Natasha berkehendakkan illustrasi yang agak naif. Medium yang aku gunakan adalah campuran drawing pen, technical pen dan pencil colour derwent di atas kertas bersaiz A4 120gsm. Halim selaku designer untuk layout buku ini. Kedengaran buku ini dilanda kontroversi tapi aku tidak tahu menahu...sebab tugas aku hanya melukis sahaja. Mudah bekerja dengan Natasha...dia memberikan kebebasan untuk berkarya. Ohhh! terlupa sedang mencari bahan untuk rujukan yang akan digunakan dalam kelas fotografi esok!

Monday 11 April 2011

Jemari Tua..

Gambar ini aku ambil ketika satu assignment di Melaka. Tuan punya tangan ini panggilannya Pak Akob dan sedang menghidap penyakit semput yang sudah lama tidak dirawat. Walaupun semput tapi masih sempat memberikan sebarang dua pose kepada aku. Selang beberapa bulan selepas gambarnya diambil Pak Akob telah kembali ke rahmatullah...mujur bayaran kepada Pak Akob sempat dijelaskan. Alfatihah untuk Pak Akob.

Sunday 10 April 2011

Ikon Buku.....

Illustrasi ikon ini adalah untuk sebuah buku teks kementerian pendidikan........aku sebagai pelukis dan icam sebagai jurucolour menggunakan adobe illustrator dan photoshop. Kadang-kadang ada illustrasi diberi kebebasan kepada artist untuk menterjemahkannya dan ada yang perlu mengikut terma atau syarat tertentu yang diberi oleh client. Berbanding zaman dahulu.....zaman sekarang agak mudah sebab bermacam medium artist boleh buat pilihan tetapi asasnya adalah kena tahu melukis dan sketching adalah wajib setiap hari. Pembelajaran berterusan!

Wednesday 6 April 2011

My Best Friend's Wedding







Atas permintaan seorang rakan baik iaitu joe ariff...aku dan halim melapangkan masa untuk mengambil gambar majlis persandingan si joe....kami bukan wedding photographer walaupun bertugas sebagai photographer untuk beberapa magazine...tak pernah terfikir pun akan mendapat peluang mencuba pengalaman baru sebagai wedding photographer. Kebetulan juga bekerja dalam bidang penerbitan amat membantu dalam menghasilkan rupa bentuk story album mengikut sesedap rasa.....yang penting customer berpuashati. Terima kasih Joe & Sue juga kepada Halim yang dapat menghasilkan design yang cantik untuk story book ini! Thanks again!

Cover Majalah Anis - Januari 2011

Shooting dalam keadaan yang agak mengejut dan last minute di pejabat galeri ilmu. Kebetulan pula AzharRahim ikut sekali ....alhamdulillah ada rakan utk berbual dan bertukar fikiran. Tak ready prop dan tema cover bulan Januari ..semuanya last minute....jangan amalkan...aku hanya mengambil gambar Fara AF dan editing gambar dilakukan oleh designer Galeri Ilmu jadi tak berat sangat cuma convert dari RAW ke TIFF dan JPEG sama adjust sekadar perlu. Mulanya tak terfikir nak guna apa untuk latarbelakang....last last guna kayu bidai sebagai background.

Portfolio Sport 2010

Tahun 2010 agak banyak juga event berkaitan sport yang diambil. Memang pada awalnya memang  payah sebab aku bukan jurugambar sport, tapi setelah mendapat pendedahan awal daripada Zainal Halim(ex-reuters) dan  juga kawan aku Mohd Rasfan(stringer AFP) ketika SUKMA 2010 yang berlangsung di Melaka, maka inilah hasilnya. Walaupun masih jauh di bawah paras par. But....thanks a lot Mr. Zainal & Rasfan for sharing with us your wonderfull experience!

Celah 2

Celah 1

In Between

I was going to fetch my daughter at her kindy,when I saw her playing with her friends.The Jalur Gemilang flags were hung for Malaysia's National Day (this picture was taken last year).I suddenly saw my daughter popped out from the flags,and luckily I had my camera with me.

Tuesday 5 April 2011

Illustration

With Icam as the colourist and I as the sketching artist , this illustration is for our client Galeri Ilmu Sdn. Bhd. which is a book publisher and we drew this illustration very fast. Using a computer colour and line using drawing pen, or you can use adobe illustrator to redefine the line.